Home » Tips » Solusi Kepada Laman Web Idaman Anda
Solusi Kepada Laman Web Idaman Anda
Assalamualaikum WBT. Apa khabar pembaca dan pelawat GSC sekalian? Saya harap kita semua memulakan hari pertama pada minggu ini dengan set minda yang positif dan berkeyakinan tinggi.
Budak-budak sekolah pun sudah mulakan hari persekolahan mereka selepas 2 minggu bercuti. Mesti kawasan-kawasan sekitar sekolah sibuk dgn ibu-bapa yang menghantar anak masing-masing. Terasa rindu pula nak ke sekolah lama saya.
Kita kembali kepada isi utama entri kali ini. Baru-baru ini saya memerlukan satu domain name baru dan hosting untuk tujuan produk baru yang akan saya lancarkan nanti.
Jadi saya merujuk kembali kepada penyedia domain name dan hosting saya iaitu netKL untuk urusan pembelian domain name baru.
Sejak menceburi bidang Internet Marketing pada tahun 2007, saya hanya menggunakan domain name yang dibeli bersama-sama dengan hosting. Kira satu pakej la ni. Beberapa hari lepas, saya keluar dari ‘comfort zone’ ini dengan membeli domain name sahaja untuk projek baru.
Barulah saya belajar cara untuk add dan park domain pada hosting sedia ada serta fungsi kedua-dua perkara ni.
Mula-mula tu, saya memang nak beli sekali hosting, tapi memandangkan hosting saya masih lagi mempunyai space serta bandwidth yang mencukupi, saya batalkan sahaja hasrat tu.
Jadi di sini saya boleh jimat RM170 untuk hosting. Itulah pentingnya pelan perniagaan dalam bisnes. Perlu teliti dengan setiap pelaburan kita.
Itu cerita saya, apa pula kaitan dengan NetKL ?
Saya menggunakan khidmat netKL sejak tahun 2008 lagi. Sebelum tu, saya menggunakan khidmat satu syarikat S. Disebabkan kurang berpuas hati dengan servis yang ditawarkan, saya telah berpindah ke netKL untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.
Alhamdulillah, selepas 2 tahun berurusan dengan netKL, saya boleh katakan servis daripada netKl ni tip top. Di bawah ada saya sertakan sebab kenapa netKL merupakan syarikat penyedia domain dan hosting pilihan saya.
#1: Harga Berpatutan
Harga untuk servis yang ditawarkan memang berpatutan. Namun lumrah setiap penyedia hosting untuk memberikan tawaran harga yang murah untuk memikat hati pelanggan. Itu tak dapat dinafikan. Kalau tak murah, tak dapatlah nak pikat hati pelanggan, ye tak ?
#2: Proses Pembelian yang Mudah
Nak beli domain dan hosting di NetKL memang senang. Pelanggan tak perlu tercari-cari ruang untuk buat pembelian kerana kita akan dipandu ketika membuat pembelian. Pilih, check out, bayar dan dapat akaun. Jika anda ingin melanggan perkhidmatan mereka, saya boleh tolong bantu ketika anda membuat pembelian nanti. Cuma perlu inform saya menerusi ruang HUBUNGI di atas..
#3: Khidmat Sokongan yang Cekap
netKL amat mementingkan hubungan dengan pelanggan. Jadi, mereka akan jawab segala persoalan yang berkaitan. Saya dah cuba hubungi mereka dan alhamdulillah, siap boleh chat lagi dengan admin serta merta. Pada pukul 11.30 malam pula tu. Mereka juga tak lokek senyuman.
Sebab asyik tunjuk ikon smiley pada saya.
#4: Video Tutorial Disediakan
Berbanding penyedia domain lain, netKL menyediakan video tutorial langkah demi langkah bagaimana untuk menguruskan domain name atau akaun hosting anda.Jadi, tak perlu risau jika anda merupakan pengguna kali pertama.
#5: Tawaran-Tawaran Menarik
netKL menyediakan tawaran-tawaran menarik kepada pelanggan mereka dari semasa ke semasa. Pada saya, ini merupakan ‘win-win situation’. Jika anda mempunyai cadangan, anda juga boleh ajukan cadangan penambah baikan kepada mereka.
#6: Tak Banyak Masalah
Ini merupakan antara sebab terpenting mengapa saya ‘jatuh hati’ dengan netKL. Sepanjang saya berurusan dengan mereka, amat jarang masalah timbul sama ada dari sudut teknikal ataupun pengurusan. Boleh kata tiada masalah setakat ini. Saya bukan nak puji lebih-lebih tapi ini hakikatnya. Anda boleh tengok sendiri testimonial pembeli di laman web netKL.
Jadi, jika anda ingin memiliki website sendiri, saya amat menyarankan anda menggunakan khidmat netKL. Saya telah berkongsi apa yang saya ALAMI SENDIRI untuk 2 tahun ini. Terpulang kepada anda pula untuk mencubanya.
Cukuplah pengalaman saya berurusan dengan syarikat hosting yang teruk. Saya harap anda tak mengalaminya. Sebab itu saya ingin berkongsi kisah ini dengan anda. Buat masa ini, netKL merupakan pilihan terbaik yang boleh saya sarankan sebagai solusi kepada laman web idaman anda. Sekian dahulu untuk kali ini, wassalam.
6 Responses to “Solusi Kepada Laman Web Idaman Anda”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






Perkongsian yg menarik! NetKL mmg mantap. Sng je nak chat dgn admin dia. Byk dah diajarnya…
Anwar, buat la pula entri macam mana nak buat ruangan download ebook terhangat tu. yg kt kolumn kiri blog ni. tak silap yg tu pakai opt in autoresponder kan? GetResponse eh?
Bagila detail skt pasal produk ni. Pastu, bagi sama link affiliate ko. Boleh ak beli kat situ.
yang mana satu ni ? Kolum kiri ke kolum kanan ? Rasanya ada satu je side bar :p
ooo silap taip…kolum kanan =)
Detail sikit pasal produk apa ? ayat masih kurang jelas.
Produk getresponse. Kat cpanel NetKL pun ada autoresponder kan? Kenapa pilih getresponse?
Sebab fungsinya sedikit berbeza.