Home » Tips » Tip Aneh Untuk Menjadi Kaya
Tip Aneh Untuk Menjadi Kaya
Dalam artikel kali ini, saya ingin bongkarkan rahsia bagaimana anda boleh menjadi kaya. Sebagai seorang usahawan internet, kita juga tidak dapat lari daripada keinginan untuk menjadi kaya. Adakah anda tahu bahawa simpanan merupakan salah satu faktor seseorang usahawan itu mampu menjadi kaya? Bagaimana hal ini boleh berlaku? Apa bukti-bukti yang boleh saya kemukakan?
Apabila anda mempunyai simpanan, cara untuk meningkatkan nilai harta bersih anda (NetWorth) atau simpanan anda adalah dengan mengembangkan harta serta simpanan anda melalui pelaburan.
Di Malaysia ini, ada bermacam bentuk pelaburan yang boleh disesuaikan dengan profil risiko anda. Anda perlu kenal diri dan mengetahui apakah toleransi risiko yang boleh diterima anda.
Kenali Jenis-Jenis Pelaburan
Ada pelaburan berbentuk Capital Gain (peningkatan modal) dan ada juga yang berbentuk pendapatan (Income Generation). Sebagai contoh, Land Banking adalah pelaburan berbentuk peningkatan modal, ASB pula memberikan pendapatan manakala hartanah seperti kediaman dan komersil pula memberikan peningkatan modal dan pendapatan.
Asas kepada pelaburan adalah simpanan. Bagaimana anda ingin melabur jika tidak mempunyai modal? Sedikit sebanyak anda memerlukan modal sendiri dari simpanan buat permulaan pelaburan sebelum anda boleh bersandar (leverage) kepada pihak ketiga seperti institusi kewangan bagi meningkatkan pegangan (ekuiti) pelaburan anda.
Pelaburan juga perlu bagi mengekalkan kekayaan anda, tanpanya bagaimana anda boleh mengekalkan harta dan nilai harta anda di masa depan tanpa pelaburan?
Hidup Dengan Memilih Kesederhanaan
Selain itu hidup dalam keadaan ringkas atau kesederhanaan adalah amat penting. Tidak guna anda mempunyai pendapatan yang tinggi, simpanan yang tinggi serta pelaburan yang tinggi jika anda mempunyai tanggungan kehidupan yang tinggi. Kecualilah anda adalah seorang multi-millionaire atau billionaire yang mampu hidup serba mewah.
Apa yang perlu anda tahu, untuk mengekalkan kekayaan, anda perlu bergantung dengan sikap anda sendiri. Tiada orang yang terus menjadi kaya kecuali menang loteri dan berkahwin dengan orang kaya. Jadi, melalui simpananlah segalanya akan bermula.
Mulakan penjimatan anda pada hari ini untuk memaksimumkan simpanan anda secepat mungkin. Bayangkan simpanan anda pada 5 tahun yang akan datang jika anda fokus dalam simpanan anda mulai hari ini.
4 Responses to “Tip Aneh Untuk Menjadi Kaya”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






salam tuan admin,
sya amat setuju sekali dgn semua saranan itu. Masalahnye sya dan juga kebanyakkan org lain tidak sedar awal untuk menyimpan atau melabur.
Selain dari wang ringgit dan juga asset, masa juga adalah faktor utama dalam pelaburan. Kalaulah masa remaja dulu dah terdedah dgn ilmu pelaburan, sudah tentu harini sya dan kebanyakkan orang dah kaya raya. Tetapi rasanye belum terlambat dan boleh lagi kalau nak melabur dlm usia 40 ini. Yang penting kesedaran utk hidup senang ketika bersara. Insyallah. tq
Sama-sama Richdad. Benar, kesedaran ttg prkara ini kurang pada waktu dahulu. Sy juga merupakan mereka yang hampir-hampir terlewat. Namun, alhamdulillah, beberapa langkah penambahbaikan telah saya aplikasikan pada waktu ini.
Sekiranya anda telah mempunyai anak. Saya rasa wajar untuk kita labur serba sedikit demi kebaikan mereka pada masa akan datang.
Tuan,
Alhamdulillah, kita sama telah menyedari betapa pentingnya perancangan utk hidup senang dimasa persaraan. Sya juga telah mengambil beberapa langkah yg positif untuk itu. Cuma masa agak tidak begitu memberangsangkan memandangkan 20-30 tahun akan datang menyebabkan kita sudah tua,
hehehe..atau munkin tida lg.
kepentingan menyimpan mmg banyak….maklumlah,kalau ada kecemasan,apa persediaan kita??apa yang akan tolong kita??oleh itu,sedarlah bahawa mulakan langkah pertama anda untuk menyimpan…artikel nie banyak menyedarkan saya….yg selama ini saya abaikan aspek ini….terima kasih saudaraku!!!